THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Pages


WWW.FARAHANA90.BLOGSPOT.COM

Friday, November 9, 2018

TRAVEL BUDGET KE HONG KONG














KOTA HONG KONG




Iolls pergi ke Hong Kong naik Flight Malindo Air
    

18 September 2018 - 22 September 2018
price tix RM689.75 (booking 27august2018, kalau booking awal mungkin lagi murah)
( Tix Pergi Dan Balik + Free baggage 25Kg + 7Kg Hand Carry + Meals pergi balik )
* Sangat selesa, disediakan Bantal Dan Selimut
* Meals boleh pilih apa saja ketika berada di atas (nasi/meehoon) Halal Food
* Air Boleh refill
* Earphone diberikan ketika diatas
* Pelbagai Free Movies


Airport Hong Kong ( airportnya berada di sebuah pulau )
sampai je airport Hong Kong, terus cari "Octopus Card" , Sim Card, pakej Disneyland(combo Food for 2Person)+Madame Tussauds+Peak Tram pergi balik+Sky Terrace.

1. Octopus Card just topup 150HKD(RM79.90) je untuk naik Train & bas
* Nak beli ni just beli kat Kaunter MTR

2. Sim Card
     88HKD (RM46.85) for 7days Unlimited
 * Cari kedai 1010


3. Nak ke hostel iolss naik bas sebab mudah dan murah..
keluar dari airport pergi ke station bus..bas city flyer No.A21 dan turun
di Prundential Centre 33HKD (RM17.50) kalau dari Hostel ke airport Naik bas sama tapi 
NO. A26.
*hostel ini tak ada masalah pun sebab kebanyakkan hotel and hostel murah di Hong Kong ini selalunya ada masalah full room la tak ada booking la sedangkan kita dah booking by any apps macam booking.com..diaorang still buat macam tu, so u guys kena call booking.com tu balik dan diaorang akan bagi tempat lain...TAPI kena cari tempat tu la sedangkan nak cari first tempat tinggal tu pun jenuh...SO Hostel Lap Shun ni terbaik la..sampai je dia layan iolls baik sangat..semuanya dah disediakan..sebelum iolls terbang ke sana saya berhubung dengan owner hostel tu tentang cuaca dan sebagainya sebab tarikh saya pergi tu selepas Hong Kong kena mangkrut Typoon(ribut)..owner Hostel tu always reply email iolls..

*1 room (2person) for 5days 4nights
  bilik kt Hong Kong tu kecil je semua sama je..tapi hostel ni sangat selesa..tiap hari diaorang akan clean up bilik iolls..sabun mandi and shampoo sudah disediakan..siap ada heater lagi dan jug heater..

* dan bilik ni selamat. memang sentiasa ada orang jaga di pintu dan lift

* hostel berdekatan dengan temple street

* berhampiran dengan Bus Stop & MTR

4. Pakej theme park (airport)
* cari kaunter china travel (CTS) kaunter No. A03/A04
 saya sengaja beli tiket disini kerana tak nak baris di kaunter tiket di theme park dan lain-lain..dan murah sikit..saya beli last minute sebab saya nak tau cuaca dulu di sana disebabkan baru lepas ribut saya tak ambil pakej cable car..

* pakej Disneyland(combo Food for 2Person)(Popcorn+Aiskrim)+Madame Tussauds+Peak Tram pergi balik+Sky Terrace. total 549HKD (RM292.60)

5. Temple Street
iolls baru tahu temple street ada 2bahagian...1bahagian jauh dari hostel berdekatan dengan MTR Man Ming Lane..ini bahagian 18sx..so saya pergi temple street berdekatan dengan MTR Prudential Centre..harga boleh tawar menawar tapi kena pandai la..kalau dah tawar tetiba tak nak beli get ready la owner kedai tu membebel..hehe

* dekat kawasan ini ada banyak makanan halal food..saya hanya pergi 1kedai ni je hari pertama dan akhir... Ah Lung Pakistan Halal Food..ayam kari dan daging kari dia superbbb sedap...potion dia pun banyak..murah..harga lupa dah...hehehe..air free air kosong 1jug..

6. Disneyland






memang best la kat disneyland ni...watak kartun semua zaman saya 90an..di Hong Kong ada dua theme park Disneyland dan Ocean Park...Disneylang more to Fantasy tapi serious seronok sangat..kalau nak lagi adventure dan ekstrem boleh la pergi ke ocean park...tiket murah lagi dari Disney ni..masa ni kawasan Castle Disney renovation sebab manghkrut Typoon..

jadi la bergambar kat sini..fire work pun tak ada..
tapi tetap best..














nak bergambar dengan mickey ni
kena baris panjang.

set combo 2person
(beli sekali dengan tiket disney di CTS)


waffle mickey
(tak ingat harga tapi murah)



7. Peak Tram, Sky Terrace & Madame Tussauds

peak tram
(kaunter tiket baris panjang nasib dah beli siap2 kat CTS)



sky terrace
(nak lagi jimat boleh pergi kat pavillio sebelah pintu sky ini tapi time saya datang tutup)
masa uolls nak naik sky terrace ni uolls akan jumpa kedai casio..
murah jam casio nya..semua orang akan beli disini...kalau tempat lain mahal..
sini 199hkd..kat tempat lain jam yg sama harga nya mahal 299hkd..
so borong jam kat sini..












madame tussauds
(patung lilin artis terkenal seluruh dunia)


8. Masjid Ammar (Kantin Muslim)






tempat orang muslim berkumpul..makanan halal..
sedap sangat dan murah kira berbaloi la makan kat sini..
nasi dia ada 2size (regular & Large)
regular dia banyak, boleh makan 2-3pax
dim sum dia pun murah dan sedap..
hari jumaat penuh sebab lepas solat jumaat semua akan terus makan di kantin
air free selepas solat jumaat..
dim sum ada pagi hingga petang sahaja dalam pukul3ptg last..


9. Arena Of Star / Pertunjukkan Lampu




10minit sahaja pertunjukkan lampu..
sangat cantik
8pm
di kawasan arena of star(renovation)




arena of star (renovation)
di pindahkan sementara di seberang jalan
ikut jenjantas




arena of star terletak di Nathan Road


10. Times Square










Times square (shopping Mall)
masa ni ada ulang tahun Mickey mouse yg ke 90
ada bangunan mickey (museum mickey)


11. Ah Lung Pakistan Halal Food



2 hari makan disini..sebab sangat sedap dan berbaloi..
regular boleh makan 2pax boleh minta hot/hot hot/very hot (maksudnya spicy)
siap ada lebih and tapaw balik hostel makan dgn roti..
iolls ambil very hot kali pertama,makan sampai berpeluh..
second time makan ambil hot hot, rasa tak berapa kaw tapi still pedas gak..
so iolls suka very hot..


12. Tram (berhampiran dengan peak tram building)



boleh guna octopus card, nak merasa naik lah
berhampiran peak tram
selalu ramai orang kalau dah duduk atas nak turun memang sesak la..

13. Building (berhampiran dengan peak tram building)









dalam perjalanan nak ke peak tram akan nampak bangunan yang cantik..
glass of building...(MTR station to Peak Tram)


14. Shopping Area (causeway bay)


nampak bangunan ini pergi masuk kekanan sehingga hujung
ada banyak kedai kasut original adidas,nike,convers
sangat murah



apple store ada promotion dan murah..kalau nak beli boleh tapi u guys kena guna sim card diaorang selama seminggu..baru boleh guna sim card malaysia...kalau tak sampai seminggu guna sim card diaorang..balik malaysia korang boleh simpan hp dalam peti tak pun frame..hehe






15. Transport

sepanjang saya kat sini saya guna public transport yg ada...MTR dan Bas..
bas saya hanya naik airport-hostel dan hostel-airport..
nak ke semua destinasi saya naik MTR je..bila sampai airport sila pergi ke kaunter INFO..
dan collect semua flyers yang ada lagi2 flyers MTR..
jangan risau peta MTR diorang senang je nak faham...sebab itu saya selesa naik MTR..dan MTR diaorang banyak station dan byk train..setiap train hanya 2min je..MTR mereka sangat laju...dekat Causeway bay MTR station admiralty memang akan ramai orang lagi2 waktu kemuncak (balik kerja 5pm) sesak, beratur panjang nak naik MTR tapi jangan risau sekejap je tunggunya sebab train laju dan banyak...paling seronok kat sini diaorang berdisiplin..naik bas ke train ke, mesti beratur elok..
kalau naik bas tak ada octopus card nak bayar cash pun boleh tapi bagi cukup2 kalau bagi lebih harap maaf tak kan ada baki...hehehe...

sampai je station MTR jangan risau diaorang banyak signboard..u guys tahu nak exit pintu mana kalau nak pergi ke suatu tempat...kena rajin je..iolls banyak berjalan gak..tapi seronok dapat jimat...






ke hong kong iolls bawak rm2000 je untuk makan, pakej theme park dan lain2 diatas dan shopping gila2nya...tshirt iolls beli sampai 80helai di temple street, 4helai di disney, 2 botol mickey di disney, 4cawan disney, 1bantal monster inc disney 5years warranty, makan di disney, mkn di kedai, air mineral 5botol besar di market, gambar kenangan di sky terrace, 6 jam tgn casio yg mahal,topup octopus card, 3earphone original, 2 charger original, 20set keychain(1set ada 6keychain), 20set magnet fridge (1set ada 6magnet), 1smart watch dan lain2...




nantikan korea trip
iolls pergi travel just backpacker
tidak menggunakan pakej travel

















Powered by Blogger.

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...