saya berumur 21 tahun pada 27 mac 2011...maknanya sudah 21tahun saya duduk di malaysia dan menjadi rakyat malaysia....saya di lahirkan di perak dan menetap di ipoh perak...u all nak tahu kenapa topik saya kali ini "kami anak malaysia"?????sebab saya nak berkongsi dengan anda semua kenapa saya berasa bangga menjadi rakyat malaysia...
pertama saya berasa sangat bangga kerana..Malaysia mempunyai berbilang kaum...sperti melayu,cina dan india..mempunyai pelbagai agama...negara lain hanya pelbagai agama sahaja...Malaysia di istiharkan negara yang sudah merdeka...pada tahun 1957...cewahh..cakap pasal sejarah la pulak kn..hehehe...
dalam malaysia mempunyai banyak negeri...14 jalur gemilang..bermaksud 14 negeri...
- Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
- Kedah Darul Aman (Alor Setar)
- Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
- Pahang Darul Makmur (Kuantan)
- Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
- Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
- Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)
- Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
- Perlis Indera Kayangan (Kangar)
- Melaka Bandar Bersejarah (Bandar Melaka)
- Pulau Pinang Pulau Mutiara (George Town)
- Sabah Negeri di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
- Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
- Wilayah Persekutuan Labuan (Bandar Labuan)
Tadbir urus
Sembilan negeri Melayu diketuai oleh seorang Raja turun-temurun selaku ketua negeri diiringi seorang Menteri Besar eksekutif sebagai ketua kerajaan yang bertanggungjawab politik. Raja-raka Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu bergelar Sultan. Ketua negeri terpilih Negeri Sembilan memegang satu-satunya gelaran Melayu Yang di-Pertuan Besar, manakala Raja Perlis sekadar bergelar Raja.Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara persekutuan dipilih (sebenarnya dikitarkan) di kalangan sembilan raja untuk sepenggal lima tahun. Bekas penempatan dan jajahan mahkota British iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, setiap satunya diketuai seorang Gabenor pada nama lantikan persekutuan, iaitu Yang di-Pertua Negeri, diiringi Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan eksekutif.
Setiap negeri bersistem perundangan ekadewan iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahli-ahli DUN diundi dari kawasan pengundian satu ahli yang ditetapkan berasaskan kependudukan. Ketua Menteri lantikan Ketua Negeri biasanya merupakan pemimpin parti majoriti peringkat negeri. Satu penggal di DUN adalah lima tahun, melainkan perhimpunan dibubarkan awal oleh ketua negeri atas nasihat Ketua Menteri. Biasanya, DUN di Semenanjung Malaysia dibubarkan sempena pembubaran parlimen persekutuan, agar pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen. Namun demikian, ketua negeri memegang kuasa budi bicara bagi membubarkan DUN.
Setiap negeri menghantar dua wakil ke Dewan Negara, iaitu dewan pertuanan parlimen persekutuan.
Sebagai sebuah negara persekutuan, kerja tadbir urus Malaysia diagih-agihkan antara kerajaan persekutuan dan negeri. Tanggungjawab tertentu kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri disenaraikan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia. Secara teori, mana-mana perihal yang tidak ditentukan dalam Jadual Kesembilan boleh digubal undang-undang di peringkat negeri. Namun, pakar undang-undang mengibaratkan hal sebegini sebagai (pauper's bequest) skop perihal yang begitu luas dalam Jadual Kesembilan. Mahkamah secara amnya mengutamakan tafsiran luas mengenai isi kandungan Jadual Kesembilan, maka mengurangkan bilangan hal-hal yang mungkin belum diliputi. Jadual Kesembilan jelas menyenaraikan hal-hal berikut yang boleh digubal oleh undang-undang negeri: pegangan tanah, agama Islam dan kerajaan tempatan.[1] Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa tambahan sebagai sebahagian terma-terma penyertaan Malaysia, seperti kawalan imigrasi.
Parlimen Malaysia dibenarkan menggubal undang-undang tanah, agama Islam dan kerajaan tempatan untuk memastikan keseragaman undang-undang antara semua negeri, ataupun atas permintaan DUN berkenaan. Undang-undang yang dipersoalkan juga mesti diluluskan oleh DUN, kecuali bagi perihal berkenaan undang-undang tanah tertentu. Perihal bukan Islam yang berada dalam skop negeri boleh juga digubal undang-undang di peringkat persektuan untuk tujuan mematuhi kewajipan perjanjian Malaysia.[2]
Singapura dan Brunei
Singapura ialah sebuah negeri di Malaysia sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga berpisah dari Persekutuan pada 9 Ogos 1965.
Brunei pernah dipelawa untuk menyertai Persekutuan tetapi akhirnya menolaknya atas beberapa masalah, seperti taraf Sultan Bruneidalam Malaysia, pembahagian royalti minyak Brunei, serta tekanan dari pihak pembangkang yang mencetuskan Pemberontakan Brunei.
bendera malaysia menjadi kebanggaan rakyat malaysia....
berkibar-berkibar...
sambil melihat bendera berkibaran,saya rasa macam nak menyanyi pulak..hehehe...jom kita berdiri tegak..rasa bersemangat mendengar lagu negaraku ini...anda bagaimana???
masihkah anda ingat lagi lagu ini..lagu kebanggaan negara kita...
tokoh-tokoh malaysia...dulu hingga kini...
1.Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajBapa Kemerdekaan1957–19705.Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan
2003–2009
Bapa Pembangunan Modal Insan
2003–2009
6.Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
Bapa Transformasi
2009–kini
Bapa Transformasi
2009–kini
saya berasa amat bersyukur kerana mempunya tokoh-tokoh seperti beliau semua kerana sanggup memikul tanggungjawab...ini adalah salah satu yang membuat saya berasa bangga menjadi rakyat malaysia...kita merdeka pon dengan cara baik dan damai...
dengan itu kita dengar lagu kami anak malaysia...lets go..!!!
kami anak malaysia...
TERIMA KASIH MALAYSIA!
0 yg berani menyokong farahana90:
Post a Comment