terasa nak makan nasi ayam...
moh kita masak sendiri...
simple sahaja....
BAHAN-BAHAN A :-
-Bawang Putih
-Halia
kedua-dua ini dikisar (letak air sedikit)
REBUSAN/AYAM:-
1. Ayam dipotong & direbus.
2. Air pertama dibuang.
3. Masukkan air kedua untuk rebusan ayam itu (tambah 1/2 senduk bahan A).
4. Keluarkan ayam ke bekas lain. air rebusan kedua tadi JANGAN dibuang.
5. Ayam tadi diperap (kicap cair, sos tiram & 1/2 senduk bahan A)
6. Selepas ayam diperap di goreng dengan kuantiti minyak yang sedikit (untuk garing)
NASI/BERAS :-
1. Beras dibasuh dahulu ( dalam bekas )
2. Panaskan rice cooker dengan minyak & tumiskan 2senduk bahan A.
3. Masukkan beras dibasuh tadi.
4. Masukkan air rebusan kedua tadi (di tapis) tinggalkan sedikit air rebusan itu untuk buat sup.
5. Tambah garam sedikit secukup rasa.
SUP : -
1. 1/2 senduk bahan A ditumis hingga naik minyak.
2. Campurkan air rebusan ayam tadi (ditapis).
3. Garam sedikit secukup rasa.
SOS :-
1. Kisar tomato & cili masak (tanpa air)
2. Bahan itu masak hingga mendidih
3. Masuk 2senduk cilisos, 2senduk sos tomato, 2senduk sos tiram.
4. Kacau hingga pekat.
5. Masukkan perapan ayam lebihan tadi kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa kacau sehingga pekat.
siap sudah.......
selamat mencuba...
senang dan simple...
esperar mi proximo post
espero que todos disfruten